Search This Blog

Monday 9 September 2013

PruBSN Protect

Dengan PruBSN Protect, hidup diteruskan

PruBSN Protect membantu anda dan keluarga anda bersedia untuk menghadapi kejadian yang tidak
diingini seperti kehilangan nyawa atau hilang upaya. Walaupun anda tiada lagi bersama mereka
atau pendapatan anda terhenti,PruBSN Protect mampu membantu anda dan yang tersayang untuk
meneruskan kehidupan dengan menyediakan sumber kewangan. 


Melalui pelbagai jenis komitmen, anda boleh memilih pelan yang khusus mengikut kehidupan dan keperluan anda. Perlindungan yang inovatif ini juga mengambil kira semua kemungkinan di dalam menyediakan pelan yang khusus supaya anda dan keluarga anda dapat meneruskan kehidupan.
 

PruBSN Protect Pelan yang memikirkan kehidupan harian anda.



Bagaimanakah PruBSN Protect dapat membantu anda?


 Pilihlah perlindungan yang sesuai untuk anda.

ProtectPlus



Bagaimana anda boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Protect anda?



 
Siapakah yang boleh menyertai PruBSN Protect?

Anda boleh mengambil pelan ini seawal umur 19 tahun sehingga umur 65 tahun.
Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal umur 2 minggu.
Anda boleh memilih tempoh perlindungan tertakluk kepada minimum 5 tahun dan umur tamat tempoh sehingga 80 tahun.

Berapakah sumbangan bagi PruBSN Protect?

Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walaubagaimanapun, sumbangan sebenar
adalah tertakluk kepada yang berikut:
• umur anda
• jumlah dan tempoh perlindungan anda
• status kesihatan anda
• pekerjaan anda (jika berkenaan)
• jantina anda
• kaedah dan kekerapan pembayaran anda

Apakah caj-caj yang dikenakan dalam PruBSN Protect?

PruBSN Protect adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.

Butiran mengenai caj wakalah dan lain-lain caj berkaitan disenaraikan seperti dalam jadual di bawah.


Nota: Caj Wakalah pendahuluan adalah untuk sijil-sijil dengan tempoh selama 20 tahun atau lebih. Bagi sijil-sijil dengan tempoh kurang daripada 20 tahun, caj akan dikurangkan sewajarnya.

Perlindungan takaful datang dari Tabarru' (derma) yang kami masukkan kedalam dana Tabarru'. Sebarang lebihan dari dana Tabarru' akan dikembalikan kepada anda setelah kami mengasingkan satu jumlah sebagai rizab luar jangka.

Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan berdasarkan
prinsip-prinsip Mudharabah dilaksanakan?


Prinsip Mudharabah membenarkan sebarang keuntungan pelaburan daripada Akaun Khas Individu
(ISA) dikongsi di antara anda dan kami. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan pelaburan,
sementara kami akan menerima baki 20%. Bahagian keuntungan anda akan dimasukkan semula ke
dalam ISA anda.

Adakah saya akan menerima sebarang lebihan daripada
pelan ini?


Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang boleh diberikan (jika ada)
pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’. Bahagian lebihan anda yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam ISA anda.

 



No comments:

Post a Comment